JPM hulur sumbangan kepada kakitangan

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Seramai 36 orang kakitangan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini menerima sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri dalam majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan JPM.

Majlis penyampaian sumbangan derma itu disempurnakan oleh tetamu kehormat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.

Turut hadir ialah timbalan-timbalan setiausaha tetap, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan JPM.

Sumbangan dihasratkan dapat membantu meringankan beban kewangan para penerima dan memberikan keceriaan dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada salah seorang kakitangan Jabatan Perdana Menteri. – Gambar serahan JPM