Tuesday, October 22, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    JPM mara suku akhir futsal HPA

    OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Pasukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) berjaya merampas puncak liga Terbuka persaingan Kumpulan B Kejohanan Futsal sempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) ke-31 selepas mengumpul 12 mata, sekali gus melangkah ke peringkat suku akhir pada perlawanan yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, kelmarin.

    Pasukan JPM, yang menampilkan aksi cemerlang, turut disertai oleh pasukan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri ke suku akhir, manakala pasukan Kementerian Pembangunan dan Kementerian Pertahanan masing-masing turut berpuas hati dengan kejayaan me-langkah ke peringkat yang sama.

    Dalam saingan suku akhir, JPM bakal berentap dengan pasukan Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE), sementara Kemen-terian Hal Ehwal Luar Negeri akan menghadapi cabaran daripada pasukan Kementerian Pendidikan.

    Pertembungan menarik lain menyaksikan pasukan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) berdepan Kementerian Pertahan-an, dan pasukan Kementerian Pembangunan akan menguji kekuatan pasukan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), di mana perlawanan suku akhir kategori kalah mati tersebut dijadualkan berlangsung esok.

    Bagi kategori Veteran, perlawanan suku akhir akan menyaksikan beberapa pertembungan menarik iaitu KKBS akan berdepan Ke-menteruan Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Kementerian Pendidikan bakal menguji KHEDN, dan Kementerian Pembangunan akan berentap dengan Kementerian Kesihatan. Manakala KHEU pula dijangka memberikan saingan sengit kepada Kementerian Pertahanan.

    Kejohanan dianjurkan untuk mencungkil bakat baharu di samping mengeratkan hubungan dalam kalangan warga perkhidmatan awam.

    Pasukan JPM yang menyertai kejohanan tersebut ketika sesi bergambar ramai. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda