Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    JPM rai Lebaran

     

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Julai – Lebih kurang 300 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan Tenaga dan Perindustrian menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035, JPM, yang berlangsung di Dewan Bankuet, JPM, hari ini.

    Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri di JPM dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar dan Timbalan Menteri di JPM, Dato Seri Paduka Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar.

    Selain mengerat hubungan silaturahim antara pegawai dan kakitangan, majlis juga dimeriahkan dengan pelbagai hidangan juadah hari raya dan pondok-pondok yang bertemakan Melayu Tradisional, Italian, Middle Eastern dan Oriental.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda