Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    JPM sambut Ilal Hijrah

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya menyemarakkan dan mengadakan Sambutan Ilal Hijrah 1445 yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan JPM, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohammad Yussof.

    Turut hadir ialah timbalan-timbalan menteri, setiausaha-setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap, para jemputan khas, ketua-ketua jabatan dan bahagian serta pegawai dan kakitangan di JPM dan jabatan-jabatan dibawahnya.

    Majlis yang dikendalikan bersama oleh Jabatan Tenaga di JPM, Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan Jabatan Penerangan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pengiran Haji Mohammad Hafizuddin bin Pengiran Haji Bakar dari Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    Majlis seterusnya disusuli dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh johan Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Belia 1444 Hijrah, Awang Abdul Qawiyyel Azeez bin Haji Abdul Rajid.

    Majlis turut disemarakkan dengan ceramah khas bertajuk ‘Peristiwa Hijrah, Ber-mulanya Lembaran Kegemilangan Islam’ yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin serta diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Sambutan Ilal Hijrah merupakan aktiviti tahunan JPM untuk memuliakan acara-acara kebesaran Islam dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi dan antara tetamu yang hadir semasa majlis berkenaan. – Gambar oleh Azlan Othman
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda