Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    JPM sambut Nuzul Al-Quran, hulur derma Hari Raya

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya, hari ini, telah mengadakan Majlis Sumbangan Derma sempena Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Nuzul Al-Quran bagi 2024 yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan JPM.

    Hadir selaku tetamu-tetamu kehormat ialah Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan
    Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Majlis diisikan Forum Khas bertajuk Al-Quran Pedomanku yang mengetengahkan dua orang ahli panel iaitu Penolong Profesor, Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Haji Ahmad Baha bin Haji Mokhtar dan Penolong Kanan Profesor, Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Haji Harapandi Dahri serta Pegawai Pelajaran, Jabatan Pengajian Islam (JPI, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Jaya bin Haji
    Metussin selaku moderator.

    Sesi forum diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran iaitu Surah Al-An’am ayat 83 hingga 92 oleh Pelajar Tahun 11, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), Awang Ahmad Darwish bin Hamdan dan diikuti dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah beramai-ramai.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian derma sempena Hari Raya Aidilfitri yang disempurnakan oleh tetamu-tetamu kehormat kepada 42 orang warga JPM dan jabatan-
    jabatan di bawahnya.

    Pada tahun ini, dua majlis diadakan secara serentak dengan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran diadakan bagi memperingati kelebihan dalam menerapkan pembacaan Al-Quran dalam kehidupan seharian sebagai penunjuk jalan yang betul dalam meraih keberkatan, perlindungan dan rahmat dari Allah SWT.

    Manakala itu, Majlis Penyampaian Sumbangan Derma sempena Hari Raya Aidilfitri diharapkan akan dapat membantu meringankan beban kewangan para penerima dan memberikan keceriaan dalam sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew hadir selaku tetamu-tetamu kehormat. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    ATAS & BAWAH: Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada para penerima. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Majlis Nuzul Al-Quran diserikan dengan forum khas. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda