Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    JPM semarak Maulud Nabi di Belait

    BELAIT, 22 SEPT – Rombongan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya, kelmarin, telah meneruskan lagi Majlis Dikir Maulud di Masjid Zainab, Lumut, Daerah Belait bagi menyemarakkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri (Urus Tadbir Perkhidmatan Awam), Dato Seri Paduka Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos.

    Turut hadir ialah ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah sebelum bacaan Surah Al-Fatihah dan diserikan dengan Dikir Assalamualaika serta Dikir Syarafil Anam daripada kumpulan dikir Radio Televisyen Brunei, JPM.

    Majlis diteruskan dengan sembahyang Fardu Isyak berjemaah, diikuti persembahan Dikir Marhaban, bacaan doa memohon kepada Allah SWT agar negara akan terselamat daripada bala bencana dan segala jenis penyakit serta bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Kemudian, majlis diakhiri dengan penyerahan sumbangan wakaf oleh tetamu kehormat kepada wakil Masjid Zainab.

    Rombongan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya akan meneruskan lagi Majlis Dikir Maulud ke Masjid Batu Apoi, Daerah Temburong pada 25 September.

    Dato Seri Paduka Mohd Riza hadir bersama pegawai dan kakitangan JPM pada majlis yang diadakan di Masjid Zainab, Lumut, Daerah Belait baru-baru ini. – Gambar serahan JPM
    Antara yang hadir pada majlis Dikir Maulud berkenaan. – Gambar serahan JPM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda