JPMC bantu keluarga kurang bernasib baik

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MEI – Sebagai aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunan pada bulan Ramadan, Jerudong Park Medical Centre (JPMC) telah menganjurkan acara amal ‘Share to Care: Ramadan Charity Drive’ dengan menghulurkan bantuan kepada keluarga kurang bernasib baik dan anak-anak yatim yang menetap di Kampung Jerudong hari ini.

Menurut kenyataan yang diterima, sumbangan derma adalah hasil kutipan wang dari kakitangan JPMC dan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan asasi seperti minyak masak, beras, makanan kering dan sebagainya. Lawatan yang dipimpin oleh pihak pengurusan kanan JPMC itu berakhir dengan bacaan Doa Selamat.

Kempen Share to Care: Ramadan Charity Drive tersebut diharapkan dapat membawa keceriaan dan membantu meringankan bebanan keluarga berkenaan, terutamanya menjelang sambutan Hari Raya akan datang.

Pengarah Perubatan JPMC, Dr Meera Sahib Kabeer menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima. – Gambar serahan JPMC