Tuesday, December 17, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    JPMC jadi pilihan pesakit antarabangsa mendapat rawatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OGOS – Jerudong Park Medical Centre (JPMC) baru-baru ini mendapat keistimewaan mengalu-alukan seorang pesakit dari Sri Lanka, yang melancong secara khusus untuk menjalani prosedur perubatan pakar yang dilakukan oleh Pakar Bedah Neuroskular dan Pakar Neuroradiologi Diagnostik, Dr Mahendra Nadarajah, perunding pelawat di hospital tersebut.

    JPMC menerusi siaran akhbar yang dikongsikan di sini, hari ini menjelaskan bahawa keputusan pesakit itu untuk mendapatkan rawatan di JPMC menggariskan reputasi hospital tersebut yang semakin meningkat sebagai pusat perubatan terkemuka di rantau ini.

    “Saya teruja dengan penjagaan dan perhatian luar biasa yang saya terima di JPMC,” kongsi pesakit itu.

    “Dr Mahendra dan seluruh pasukan perubatan sangat cemerlang, dan saya berasa yakin dan selesa di sepanjang saya di sini.”

    Maklum balas positif itu mencerminkan standard penjagaan perubatan dan perkhidmatan pesakit yang tinggi di JPMC.

    “Kami berbesar hati kerana pesakit dari seluruh dunia memilih JPMC untuk keperluan perubatan mereka.

    “Komitmen kami terhadap kecemerlangan dalam penjagaan kesihatan terbukti dalam setiap aspek perkhidmatan kami, dan kami berbangga untuk diiktiraf atas usaha kami,” kata Pengarah Perubatan di JPMC, Dr Meera Sahib Kabeer, dalam siaran akhbar.

    Memandangkan JPMC terus menarik pesakit antarabangsa, mereka berharap dapat menjadikan Brunei sebagai destinasi utama untuk pelancongan perubatan.

    Menurut JPMC, kemudahan-kemudahan tercanggih mereka, profesional-profesional perubatan berkemahiran dan dedikasi kepada penjagaan berpusatkan pesakit menjadikan JPMC pilihan yang ideal untuk mereka yang mencari rawatan perubatan berkualiti tinggi.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda