Thursday, September 12, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    JPMC, PJSC adakan Minggu Kesejahteraan Pekerja

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Dengan tema Healthy is the New Happy, Jerudong Park Medical Centre (JPMC) dan Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC) telah mengadakan Minggu Kesejahteraan Pekerja, inisiatif penglibatan pekerja yang julung kali diadakan pada 10 hingga 14 Julai lalu.

    Pelancarannya telah disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Dalam ucapannya pada majlis pelancaran itu, Yang Berhormat Dato berkata, “Di tengah-tengah kejayaan hospital kami, terletak komitmen yang mengagumkan dan dedikasi pekerja kami yang tidak berputus asa.

    “Setiap hari, pekerja kami memberikan yang terbaik untuk menyediakan kerja berkualiti dan penjagaan yang penuh belas kasihan, sokongan dan harapan kepada mereka yang mempercayakan mereka dalam perkhidmatan mereka.

    “Sebagaimana mereka mengutamakan orang dalam jagaan mereka, begitu juga kita mesti meletakkan di hadapan, kesejahteraan dan kesihatan pekerja kita,” ujar Yang Berhormat Dato yang juga Pengerusi JPMC dan PJSC.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – Gambar serahan JPMC
    Gambar serahan JPMC

    Selepas pelancaran, Yang Berhormat Menteri Kesihatan turut mengadakan lawatan ke kios-kios pengusaha yang ikut serta di mana mereka berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dalam mempromosikan gaya hidup sihat melalui pemilihan makanan yang lebih baik dan promosi kesihatan mental.

    Acara itu dijalankan dengan penyertaan jabatan-jabatan berkenaan di JPMC dan PJSC, serta pengusaha tempatan seperti Kitaro, Roots, Boost Juice Bar Brunei, Dynamic Cafe, Leaves and Loaves, BIBD, Takaful Brunei, dan AIA.

    Semasa Minggu Kesejahteraan Pekerja, para pekerja diberi peluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti, cabaran ganjaran, dan menghadiri ceramah yang bertujuan untuk menjaga empat elemen utama kesejahteraan mereka iaitu kesihatan mental, rasa pencapaian dan tujuan hidup, kecergasan fizikal, dan kestabilan kewangan mereka.

    Selain itu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga mengumumkan pelaksanaan dasar Cuti Hari Kesihatan Mental yang baharu, mengukuhkan komitmen syarikat terhadap kesejahteraan dan kesihatan mental pekerja-pekerjanya.

    Inisiatif progresif tersebut bertujuan untuk menyediakan sokongan dan fleksibiliti kepada pekerja yang memerlukan masa rehat untuk menjaga keperluan kesihatan mental mereka.

    Acara berkenaan bertujuan untuk membina persekitaran kerja yang positif dan untuk menunjukkan penghargaan dan sokongan kepada usaha tidak henti-henti para pekerja.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda