Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    JPMC sumbang ambulans kepada PBSM

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Jerudong Park Medical Centre (JPMC) telah menyumbangkan sebuah ambulans serba lengkap kepada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Brunei Darussalam dengan majlis penyerahannya berlangsung di Royal Entrance, JPMC, Jerudong, hari ini. 
     
    Sumbangan berkenaan merupakan komitmen JPMC dalam menyokong usaha PBSM sebagai sebuah organisasi kemanusiaan dan meningkatkan akses kepada rawatan perubatan kecemasan dalam komuniti.
     
    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin yang juga ahli Lembaga Pengarah JPMC. 
     
    Menurut kenyataan yang diberikan JPMC, ambulans berkenaan dilengkapi dengan peralatan perubatan terkini, yang akan membantu meningkatkan keupayaan PBSM untuk bertindak balas dengan cepat dan berkesan kepada kecemasan dan memastikan orang yang memerlukan menerima rawatan perubatan yang cepat dan menyelamatkan nyawa.
     
    Pemangku Ketua Pegawai Operasi JPMC, Bun Pei Ling berkata “Sebagai sebuah institusi penjagaan kesihatan, kami menyedari kepentingan penjagaan kecemasan kritikal yang cepat dan berkesan.
     
    “Kami mengiktiraf peranan yang tidak ternilai PBSM Brunei Darussalam yang menyediakan bantuan perubatan yang penting kepada orang yang memerlukan, terutamanya pada masa kecemasan. Komitmen mereka untuk menyelamatkan nyawa adalah prinsip belas kasihan yang tertinggi.
     
    Sumbangan ambulans ini lebih daripada sekadar menyediakan kenderaan; ia adalah satu keperluan untuk orang ramai dan keluarga yang menghadapi kecemasan perubatan,” tambahnya.
     
    Haji Maswadi hadir selaku tetamu kehormat semasa majlis penyerahan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Tetamu kehormat ketika berpeluang meninjau bahagian dalam ambulans berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda