Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    JPMC tawar pemeriksaan kanser payu dara

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Feb – Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) kini menawarkan Pemeriksaan Kanser Payu Dara sesuai bagi wanita dari semua peringkat usia yang termasuk mamogram atau ultrabunyi payu dara.

    Promosi yang akan ditawarkan sehingga hujung April tahun ini adalah sempena Hari Kanser Sedunia yang diraikan setiap 4 Februari, menurut kenyataan yang dikeluarkan JPMC, hari ini.

    Kenyataan menjelaskan, objektif pemeriksaan berkenaan adalah untuk mengesan sama ada terdapat tanda-tanda keabnormalan pada peringkat awal kerana kebanyakan wanita mungkin tidak mengalami sebarang simptom.

    Kanser payu dara boleh dirawat jika didiagnosis awal dan mempunyai salah satu kadar hidup tertinggi daripada mana-mana jenis kanser.

    Pakar Radiologi dari Jabatan Pengimejan Diagnostik JPMC, Dr Shyja Abraham dipetik sebagai berkata, “Dengan kanser payu dara, memang biasa tidak mengalami sebarang tanda-tanda amaran awal. Kanser payu dara boleh menyebabkan kesakitan di mana tumor tumbuh dan tidak membawa tanda sakit kepada mana-mana bahagian.

    “Sebab itulah pemeriksaan bagi kanser payu dara sangat penting bagi wanita,” tambahnya.

    Pakej pemeriksaan payu dara berkenaan merangkumi pemeriksaan radiologi menggunakan teknologi terkini bagi pemeriksaan mamogram dan ultrabunyi.

    Jika temu janji diperlukan, terdapat sekali bayaran pendaftaran bagi mana-mana pesakit baru ke JPMC. Nasihat dan cadangan perubatan adalah berdasarkan penemuan kes, penyelidikan klinikal, sejarah perubatan dan profil peribadi.

    Ujian-ujian tambahan mungkin dicadangkan berdasarkan keputusan klinikal pakar radiologi sebaik pemeriksaan perubatan yang akan dikenakan bayaran sewajarnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda