Tuesday, December 17, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    JPMC umum Wad Obstetrik dan Ginekologi baharu

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 DIS – Jerudong Park Medical Centre (JPMC) dengan bangganya mengumumkan pelancaran Wad Obstetrik dan Ginekologi yang baharu diubah suai, terletak di Aras 3, JPMC.

    Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar atas kapasiti sebagai Pengerusi dan Pengarah Eksekutif JPMC. Turut hadir ialah para pengu-rusan kanan dan ketua jabatan.

    Majlis dimulakan bacaan doa dan diakhiri dengan lawatan ke wad yang baharu diubah suai.

    Pencapaian ini menandakan satu lagi langkah ke hadapan dalam misi berterusan JPMC untuk menyampaikan penjagaan kesihatan yang cemerlang untuk semua. Pengubahsuaian meluas, yang disiapkan selama beberapa bulan, memperkenalkan kemudahan perubatan terkini, penginapan pesakit yang dipertingkatkan dan persekitaran moden yang mesra yang direka untuk menggalakkan kesejahteraan keseluruhan.

    Peningkatan utama menampilkan mandian air untuk pengurusan sakit bersalin, peralatan perubatan canggih, bilik deluxe tambahan, dan ruang khusus untuk penjagaan sebelum dan selepas bersalin, semuanya direka untuk memberikan pengalaman pesakit yang dipertingkatkan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham hadir semasa majlis pembukaan Wad Obstetrik dan Ginekologi yang baharu diubah suai. – GAMBAR SERAHAN JPMC
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham melihat kemudahan di Wad Obstetrik dan Ginekologi yang baharu diubah suai. – GAMBAR SERAHAN JPMC

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda