Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    JPN Bintulu digesa segera atasi masalah permohonan MyKid

    BINTULU, 14 APRIL – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Bintulu digesa agar segera mengatasi masalah permohonan kad pengenalan diri kanak-kanak bercip (MyKid).

    Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dalam kenyataan hari ni berkata proses permohonanan secara manual yang ada sekarang menyukarkan orang ramai dan mereka terpaksa menunggu lama untuk dokumen itu disiapkan.

    Katanya, penduduk perlu mengisi borang permohonan di JPN Cawangan Bintulu sebelum borang itu dihantar untuk diproses di ibu pejabat JPN di Kuching dan dikembalikan ke JPN Cawangan Bintulu apabila siap dan dapat diambil pemohon.

    Bagi yang ingin membuat permohonan segera, mereka perlu pergi sama ada ke JPN Kuching, JPN Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuching, JPN UTC Sibu atau JPN UTC Miri. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...