Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Jabatan Perkhidmatan Pos (JPP), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunisi memaklumkan bahawa JPP akan menerima semula perkhidmatan membaharui lesen memandu dan lesen kenderaan di cawangan-cawangan pos yang berkenaan.
JPP memaklumkan perkara berkenaan dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, merujuk siaran akhbar bertarikh 27 Mac lalu berhubung penangguhan perkhidmatan membaharui lesen memandu dan lesen kenderaan di JPP.
Kenyataan itu menyatakan lagi bahawa dalam pada itu, para pelanggan disarankan untuk menggunakan perkhidmatan atas talian (online) bagi kemudahan, keselamatan dan kesejahteraan dengan melayari www.gov.bn atau menggunakan aplikasi mudah alih TransportBN. Bagi mereka yang ingin mendapatkan keterangan lanjut, boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (CSC) di talian 2380481 atau 8711002 (WhatsApp) atau e-mel, cscpost@post.gov.bn.