Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

JPS adakan hari terbuka

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Bagi memberigakan pengemaskinian perkhidmatan-perkhidmatan yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan, kelmarin telah mengadakan Hari Terbuka Jabatan Perkhidmatan Saintifik di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

Acara berkenaan diadakan untuk mengetahui mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang baharu dibukakan untuk orang awam dan pihak swasta dan juga pengemaskinian skim-skim pembayaran perkhidmatan analisa.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa selamat yang diketuai oleh Haji Mohd Emmarul bin Haji Azamain dari Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Semasa acara berkenaan, sesi taklimat mengenai perkhidmatan-perkhidmatan di bawah Jabatan Perkhidmatan Saintifik seperti Divisyen Sains Kesihatan, Divisyen Sains Forensik dan Divisyen Kualiti turut diadakan untuk memberi peluang kepada pengunjung mengetahui perkhidmatan yang disediakan.

Selain itu, pihak jabatan turut membukakan sesi konsultasi untuk memberi peluang kepada pihak berkepentingan untuk mengemukakan sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan.

Haji Maswadi bersama peserta yang hadir semasa majlis berkenaan. – Gambar serahan JPS

 

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda