Thursday, January 9, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    JS-SEZ inisiatif unik promosi Malaysia dan Singapura

    PUTRAJAYA, 7 JAN – Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) merupakan inisiatif unik apabila dua negara bekerjasama sebagai satu pasukan untuk membantu mempromosikan kedua-dua negara dan menarik pelaburan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata Malaysia dan Singapura ditadbir oleh pentadbiran yang stabil dari segi politik dengan dasar ekonomi yang jelas bertujuan menarik pelaburan.

    Beliau berkata kedua-dua kerajaan memilih dengan teliti dalam memastikan pelaburan sejajar dengan permintaan dan keutamaan masa depan.

    Anwar berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong sempena lawatan rasmi Wong selama dua hari ke Malaysia yang bermula semalam.

    Ia sendiri merupakan insentif yang besar untuk perniagaan selain insentif kewangan dan infrastruktur yang disediakan melalui kerjasama tersebut, kata Anwar.

    Sementara itu, Wong berkata inisiatif itu memberikan mesej kepada pelabur untuk melihat kepada saling melengkapi antara Johor dan Singapura serta pelbagai kelebihan dalam seluruh ekosistem JS-SEZ. – Bernama

    Anwar berucap ketika sidang media di Kompleks Perdana Putra kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda