Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    JSS hulur sumbangan kepada mangsa kebakaran

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Seramai enam orang pelajar yang merupakan mangsa kebakaran rumah di Kampung Perpindahan Lambak Kanan pada 3 Julai lalu telah menerima sumbangan pada majlis yang diadakan di Sekolah Rendah Perpindahan Kampung Lambak Kanan, Jalan 10.

    Pelajar-pelajar berkenaan ialah Awangku Mohd Walid Wafiuddin, Awangku Mohd Juhad Rafiudin, Dayangku Nur Lyla Salikin, Dayangku Nur Basirah Hidayah Izzati, Dayang Nur Kamalin Mastura dan Dayangku Nurul Huda Asyiqin dari tiga buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Perpindahan Kampung Lambak Kanan, Jalan 10, Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, dan Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar.

    Sumbangan berupa barang keperluan asasi harian seperti makanan dan lainnya adalah hasil kutipan daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Sekolah-sekolah (JSS) yang diselenggarakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar, JSS, Kementerian Pendidikan, telah disampaikan oleh Penolong Pengarah, Ketua Bahagian Pentadbiran, JSS, Awang Nudin bin Haji Mohammad.

    Salah seorang mangsa kebakaran menerima sumbangan dari JSS.
    Salah seorang mangsa kebakaran menerima sumbangan dari JSS.
    Para pelajar bersama ibu bapa mereka bergambar ramai setelah menerima sumbangan berupa barangan keperluan daripada pihak sekolah dan jabatan.
    Para pelajar bersama ibu bapa mereka bergambar ramai setelah menerima sumbangan berupa barangan keperluan daripada pihak sekolah dan jabatan.

    Sumbangan yang dihulurkan adalah sebagai tanda prihatin dan rasa pemedulian jabatan berkenaan terhadap kesejahteraan pelajar-pelajar tersebut.

    Selain itu, ia juga bertujuan untuk membantu meringankan bebanan yang dihadapi oleh keluarga para pelajar berkenaan akibat musibah tersebut.

    Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, JSS, Kementerian Pendidikan, Hajah Jeriah binti Haji Duraman, para pegawai dari JSS, pengetua, guru besar, guru-guru dari sekolah-sekolah yang terlibat, ibu bapa serta penjaga pelajar-pelajar berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda