Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jual cengkerik jana pendapatan sampingan

    TANAH MERAH, 16 JAN – Seorang pemuda mampu meraih pendapatan sampingan RM150 sehari hasil jualan cengkerik yang dijadikan umpan memancing dan makanan burung.

    Ahmad Muzani Zakaria, 27, berkata serangga itu mendapat permintaan tinggi ketika ini terutama daripada pemancing.

    “Dalam tempoh seminggu, sebanyak 3,000 cengkerik mampu saya jual dengan harga RM1 bagi 15 ekor serangga ini untuk dijadikan umpan memancing ikan darat.

    “Kebanyakan pelanggan adalah dalam kalangan penduduk kampung yang memancing di sawah, parit atau sungai-sungai,” katanya ketika ditemui Bernama di kedainya di Kampung Padang Siam, di sini hari ini.

    Ahmad Muzani berkata perniagaan cengkerik dilihat berpotensi besar dan dia mendapat bekalan 5,000 cengkerik dalam seminggu dari Perak.

    “Serangga ini menjadi umpan bagi memancing ikan puyu, keli dan belut apabila kaki pancing tidak mendapat cacing.

    “Perniagaan cengkerik ini dilihat berpotensi besar memandangkan ia mula menjadi perhatian dan tumpuan orang ramai yang menjadikannya sebagai umpan memancing dan makanan burung selain ulat,” katanya. – Bernama

    Ahmad Muzani Zakaria menunjukkan cengkerik yang dijual kepada pemancing sebagai umpan memancing ikan ketika ditemui Bernama di Kampung Padang Siam di sini, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda