Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jual durian kerana cinta kepada raja buah

    MELAKA – Cinta mendalam terhadap ‘Raja buah’ mendorong seorang pemuda meneruskan legasi keluarga untuk mengusahakan kedai buah-buahan di Bukit Katil.

    Peniaga buah, Khairul Azlan Rosli, 29, berkata di samping menjana pendapatan, perniagaan buah durian memberi kepuasan kepada dirinya kerana beliau amat meminati raja buah itu berbanding buah-buahan tempatan lain.

    Khairul Azlan berkata beliau tidak perlu risau tentang promosi kerana telah mempunyai pelanggan tetap kerana beliau menawarkan harga berpatutan kepada pelanggan.

    “Bagi saya biar untung sikit tetapi puas hati apabila mendapat kepercayaan daripada pelanggan,” katanya.

    Beliau berkata antara jenis durian yang mendapat sambutan hangat pada tahun ini ialah durian jenis I0I, D2 dan D13 kerana durian tersebut mempunyai isi dan warna yang cantik serta rasanya yang lebih sedap.

    Antara jenis durian yang mendapat sambutan hangat pada tahun ini ialah durian jenis I0I, D2 dan D13 kerana durian tersebut mempunyai isi dan warna yang cantik serta rasanya yang lebih sedap. – Bernama

    Khairul Azlan berkata selain mendapat bekalan durian dari Melaka, beliau turut mendapat bekalan durian daripada Tangkak dan Segamat, Johor bagi menampung permintaan di Melaka.

    Katanya beliau mewarisi perniagaan buah daripada datuknya, Samad Tahar atau lebih dikenali sebagai ‘Pak Harun’ oleh masyarakat tempatan yang memulakan perniagaan buah di Bukit Katil kira-kira 30 tahun lepas.

    Turut berkongsi pendapat, peniaga buah durian di Duyong, Yap Oh Cheng, 42, berkata beliau mula berniaga durian sejak kecil iaitu sejak umur 13 tahun dengan membantu mendiang bapanya Yap Chip Hook menguruskan kedai buah-buahan di Duyong.

    Beliau berkata peminat buah durian bertuah pada tahun ini kerana musim durian dijangka lebih panjang daripada sebelumnya iaitu selama tiga atau empat bulan.

    Katanya bagi menjaga keaslian durian Melaka, beliau hanya mengambil durian daripada sekitar Melaka iaitu Tiang Dua dan Bemban. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda