Sunday, December 22, 2024
21.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jual ikan selayang 20 sen bantu orang ramai

    KUALA TERENGGANU, 15 NOV – Peniaga hasil laut di Pasar Kepong di sini berkongsi rezeki bersama orang ramai dengan menjual ikan selayang pada harga 20 sen seekor.

    Pengurus perniagaan, Wan Ahmad Suhaimi Wan Abd Kadir, 43, berkata jualan murah itu bertujuan membantu masyarakat terutama golongan kurang berkemampuan menjimatkan perbelanjaan dapur.

    Beliau berkata ia juga bersempena dengan promosi pembukaan jualan ikan di Pasar Kepong yang sudah lama terbiar tidak beroperasi.

    “Hari ini saya menyediakan sebanyak 4,800 kilogram ikan selayang yang dijual pada harga 20 sen seekor. Pelanggan boleh membeli sebanyak mana yang mereka mahu.

    “Insya-Allah kita akan kekalkan harga jualan ikan selayang 20 sen seekor ini setiap hari.

    Penduduk setempat tidak melepaskan peluang mendapatkan ikan selayang pada harga 20 sen seekor di Pasar Kepong kelmarin. – Bernama

    Jadi, pelanggan tak perlu risau lagi kerana mereka boleh dapatkan sumber protein untuk keluarga pada harga yang sangat murah,” katanya ketika ditemui di Pasar Kepong, di sini hari ini.

    Wan Ahmad Suhaimi berkata operasi perniagaannya bermula 6:30 pagi hingga 2 petang setiap hari dengan dibantu kira-kira 20 pekerja.

    Bagaimanapun katanya, pada hari pembukaan hari ini, pelanggan sudah mula berbaris sejak 6 pagi tadi untuk tidak melepaskan peluang mendapatkan bekalan ikan segar pada harga murah.

    Menurut beliau, selain ikan selayang, pelbagai jenis ikan dan hasil laut turut dijual termasuk ikan merah, ikan tenggiri, ikan kerisi, sotong, telur ikan, udang dan ikan selar yang dijual 10 hingga 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

    “Setiap Sabtu, kita rancang untuk adakan juga promosi harga rendah untuk ikan selar.

    Contohnya, kalau pelanggan beli ikan dua kilogram ke atas kita akan beri kuantiti yang lebih banyak,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda