Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jual kit bunuh diri, bekas cef berdepan 14 pertuduhan membunuh

    OTTAWA, 12 DIS – Seorang bekas cef Kanada yang dituduh menjual kit bunuh diri yang dikatakan menyebabkan kematian di beberapa negara, telah didakwa kelmarin dengan 14 pertuduhan membunuh berkaitan bunuh diri di Kanada hasil daripada skim dalam talian yang dikendalinya.

    Kenneth Law, 58, yang sebelum ini telah dihadapkan dengan 14 pertuduhan kerana didakwa ‘memberi nasihat atau membantu’ bunuh diri di seluruh wilayah Ontario, kini menghadapi 14 tuduhan membunuh baharu peringkat kedua, menurut dokumen mahkamah.

    Peguam belanya, Matthew Gourlay juga mengesahkan kepada AFP Law telah didakwa dengan 14 pertuduhan baharu pembunuhan tahap kedua.

    Law ditangkap pada Mei kerana menjual bahan tambahan makanan yang boleh membunuh jika disalahgunakan.

    Dia dipercayai telah menghantar sebanyak 1,200 bungkusan kepada orang ramai di lebih 40 negara sejak 2020.

    Polis Toronto dijadualkan memberi taklimat kepada media mengenai tuduhan baharu itu hari ini.

    Di Britain, sekurang-kurangnya 272 orang membeli produk dari laman web Law dan 88 daripadanya meninggal dunia, kata polis di London. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda