Wednesday, January 8, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jualan amal sokong komuniti cacat penglihatan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JAN – Dalam usaha membantu mengumpul dana menerusi kegiatan kebajikan bagi menyokong Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNAB), Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) mengadakan acara amal, Charity Car Boot Sale yang berlangsung di perkarangan pejabat AITI, Kampung Anggerek Desa, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh AITI, di sini, matlamat utama acara jualan amal berkenaan adalah mengumpul dana bagi menyokong BDNAB untuk menghasilkan buku-buku teks braille bagi komuniti cacat penglihatan.

    Acara jualan amal berkenaan telah disertai 20 vendor yang merangkumi vendor tempatan dan kakitangan AITI yang menjual pelbagai barangan termasuk makanan, minuman, buku, permainan dan pakaian.

    Selain itu, peti-peti sumbangan juga diletakkan di beberapa tapak di dalam premis berkenaan di mana para pengunjung boleh menghulurkan derma kepada persatuan tersebut.

    Lebih $1,700 berjaya dikumpulkan dan wang tersebut telah diserahkan kepada BDNAB.

    Acara itu merupakan acara jualan amal charity car boot yang merupakan salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat AITI dalam menyediakan bantuan kepada masyarakat serta memupuk empati dalam kalangan kakitangan AITI kepada orang lain khususnya mereka yang kurang bernasib baik.

    Gambar ramai semasa jualan amal di perkarangan pejabat AITI, Kampung Anggerek Desa, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN AITI
    Antara yang mengambil bahagian dalam acara amal tersebut. – GAMBAR SERAHAN AITI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda