BEIJING, 12 Jun – Jualan auto China mengecut bagi bulan kedua pada Mei di tengah-tengah permintaan lemah berikutan kenaikan dalam cukai jualan, lapor kumpulan industri hari ini.
Jualan dalam pasaran auto terbesar di dunia itu dengan jumlah kenderaan yang dijual mengecut 2.6 peratus dari setahun sebelumnya kepada 1.75 juta kenderaan, menurut Persatuan Pengilang Automobil China.
Pembelian SUV meningkat 13.5 peratus kepada 715,000, membantu mengimbangi kejatuhan 9.3 peratus dalam jualan sedan kepada 839,000.
Jualan tahun lepas meningkat 15 peratus dari 2015 selepas cukai jualan 10 peratus ke atas kenderaan enjin kecil dipotong separuh. Permintaan juga lemah selepas sebahagian cukai dikenakan semula pada Januari, meningkat dari lima peratus kepada 7.5 peratus.
Jumlah jualan bagi lima bulan pertama tahun ini meningkat hanya 1.5 peratus dari tahun sebelumnya, menurut CAAM. – AP