YUWI, 18 APRIL – Berus tandas yang direka sebagai parodi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump buatan China telah semakin hangat di pasaran domestik akibat perang tarif antara China dan AS.
Berus tandas Trump berwarna kuning bukanlah perkara baharu. Menurut laporan Oddity Central, ia bermula sejak penggal pertama Trump dilantik sebagai Presiden AS, apabila kilang-kilang China menghasilkan pelbagai jenis produk bertemakan Trump kerana popularitinya, baik di China mahupun di AS.
Kini, ramai orang Cina membeli berus tandas yang lucu itu sebagai cara untuk mengejek presiden Amerika selepas beliau menetapkan tarif komersial besar-besaran ke atas barangan China.
Media China turut melaporkan peningkatan ketara dalam jualan berus tandas Trump tersebut sebagai suatu trend yang dipanggil ‘serangan balas Yiwu’.
Bandar Yiwu pula adalah satu kawasan menempatkan banyak kilang kecil yang mengeluarkan produk plastik kos rendah seperti berus tandas bertemakan Trump yang popular tersebut.
Jadi ‘serangan balas Yiwu’ dilihat sebagai sokongan terhadap negara China apabila terkena secara langsung oleh tarif Trump.
Berus tandas yang tular dalam talian minggu ini, dijual pada harga antara A$1.9 dan AS$2.6.

Sememangnya sentimen anti-Amerika telah meningkat di China sejak perang tarif antara AS dan China. Beberapa perniagaan telah memutuskan untuk bertindak balas terhadap tarif dengan meletakkan tarif mereka sendiri, walaupun pada perkhidmatan.
Contohnya, sebuah restoran di Wuhan, Wilayah Hubei telah memasang papan tanda di pintu masuk mengatakan, “Pelanggan Amerika akan dikenakan caj perkhidmatan tambahan 104%. Jika awda mempunyai sebarang aduan, sila hubungi Kedutaan AS.” – Agensi