Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Jualan Car Boot tampil 1K1P

    Oleh Ak Zaki Kasharan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kasat buat julung kalinya telah mengadakan Jualan Car Boot di kawasan letak kereta Masjid Kampung Kasat, yang bertujuan untuk mengenalkan Produk Satu Kampung Satu Produk (1K1P) kampung berkenaan.

    Antara produk yang ditampilkan semasa jualan berkenaan termasuklah kuih sapit.

    Jualan berkenaan juga diadakan bagi memberi peluang dan membantu para penduduk Kampung Kasat untuk menjana ekonomi melalui aktiviti jual-beli.

    Ketua Kampung Kasat, Haji E’Rifin bin Haji Mohd Yusof mengongsikan bahawa aktiviti jualan itu masih dalam percubaan, namun mendapat sambutan yang baik diterima daripada penduduk kampung dan orang awam dari luar kampung.

    Beliau menambah, acara berkenaan turut dimeriahkan dengan aktiviti bagi kanak-kanak yang berkunjung dan seterusnya berpeluang memenangi hadiah menarik dalam peraduan yang disediakan seperti dalam peraduan mewarna.

    Antara yang menyertai Jualan Car Boot yang diadakan di kawasan letak kereta Masjid Kampung Kasat. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    Kanak-kanak menyertai aktiviti mewarna pada acara berkenaan. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...