Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Bagi mengumpul dana untuk Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA), Persatuan Fu Zhou Shiyyi Youth League akan mengadakan jualan amal car booth di tempat letak kereta Bangunan Fu Zhou pada 2 Mei nanti.
Menurut presiden persatuan berkenaan, Jackson Ting,hasil kutipan dana nanti akan diserahkan sepenuhnya kepada YASKA.
Semasa jualan amal itu nanti, pelbagai barangan menarik yang berkualiti terdiri daripada barangan terpakai seperti kasut, beg, mainan dan banyak lagi.
Orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir dan membantu serta memberi sokongan kepada YASKA.
Tujuan acara amal tersebut diadakan adalah untuk membantu kanak-kanak merealisasikan hasrat kecil mereka dalam kehidupan setelah bebas dari penyakit berkenaan serta
membantu meringankan bebanan harian mereka.
YASKA adalah sebuah organisasi bukan kerajaan yang bertujuan untuk memberi kanak-kanak yang didiagnosis barah dan dengan adanya bantuan ini akan dapat memberikan sokongan kepada mereka semasa menjalani rawatan.