Saturday, February 8, 2025
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jualan Galaxy Note 8 di Korea Selatan cecah sejuta unit

    SEOUL, 2 Nov – Jualan telefon pintar Samsung Galaxy Note 8 keluaran Samsung Electronics Co di Korea Selatan telah mencecah sejuta unit selepas lebih sebulan berada dalam pasaran tempatan, lapor agensi berita Yonhap memetik data industri yang didedahkan pada Khamis.

    Gergasi teknologi Korea Selatan itu memulakan jualan rasmi gajet phablet berukuran 6.3 inci tersebut pada 21 Sept, dengan sejumlah 850,000 unit terjual melalui pesanan awal yang bermula seminggu sebelum itu.

    Angka itu menenggelami pesanan awal bagi Galaxy Note 7, yang hanya mampu menarik sejumlah 380,000 unit.

    Samsung Electronics berkata ia juga merancang untuk menambah edisi warna emas bagi produk Galaxy Note 8 mulai Jumaat, yang kini hanya boleh didapati dalam warna hitam, biru dan kelabu.

    Langkah itu diambil selepas saingan utamanya,  Apple Inc turut merancang memulakan penjualan tempatan iPhone 8 minggu ini.

    Harga Galaxy Note 8, yang mempunyai kapasiti memori internal 64 gigabait, ialah 1.09 juta won (US$979).

    Harga iPhone 8 Plus yang berukuran 5.5 inci dengan kapasiti sama ialah 1.07 juta won. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda