Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jualan garaj tampil pelbagai produk

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Dalam usaha mengumpulkan dana bagi membantu golongan keluarga berkeperluan khas di negara ini, The Impian Project telah menganjurkan acara jualan garaj, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh The Impian Project, hari ini, jualan garaj yang menampilkan variasi produk pre-loved berupa barangan anak damit, barangan rumah, barangan sukan dan bermacam-macam pilihan dengan harga tawaran yang menarik turut disokong oleh Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Ambra Dickie.

    PYT Ambra Dickie turut menunjukkan sokongan beliau terhadap inisiatif dan menyertai pembelian untuk kopi dan makanan ringan di Pop Up Cafe yang diketengahkan
    oleh Tranquility Cafe selaku rakan komuniti projek tersebut.

    The Impian Project merupakan cabang kepada CSR Elfera Health & Nursing Care Sdn Bhd yang komited dalam menyokong intervensi awal, pendidikan keperluan khas, kebolehcapaian sekali gus bagi memupuk pemahaman yang lebih baik serta sokongan daripada keluarga dalam kalangan masyarakat berkeperluan khas.

    Menerusi jualan amal berkenaan, semua hasil daripada kutipan penjualan barangan pre-loved itu digunakan sepenuhnya untuk program di bawah The Impian Project.

    Antara pengunjung yang datang ke jualan garaj tersebut. – Gambar serahan The Impian Project
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda