Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jualan global Toyota naik 2.2 peratus pada Ogos

    NAGOYA, 29 SEPT – Toyota Motor Corp me-ngumumkan hari ini yang jualan globalnya bagi Ogos meningkat sebanyak 2.2 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 844,963 unit, menandakan peningkatan selama lapan bulan berturut-turut, didorong oleh permintaan kukuh di Amerika Syarikat (AS) dan pasaran luar negara lain, lapor agensi berita Kyodo.

    an global pula meningkat 4.9 peratus kepada 744,176 kenderaan, menurut pengeluar kereta terbesar dunia mengikut jumlah, melepasi paras tahun sebelumnya bagi tiga bulan berturut-turut.

    Jualan luar negara Toyota mencatatkan rekod baharu bagi Ogos, meningkat 4.4 peratus kepada 748,694 unit, dengan jualan di AS meningkat 13.6 peratus kepada 225,367 unit, hasil permintaan kukuh terhadap model hibrid walaupun terdapat tarif yang lebih tinggi dikenakan oleh Presiden Donald Trump.

    Bagi wilayah lain, jualan di China meningkat sedikit sebanyak 0.9 peratus kepada 153,415 unit, berikutan subsidi kerajaan untuk pembelian kenderaan mesra alam serta permintaan kukuh terhadap model kenderaan elektrik baharu Toyota.

    Sebaliknya, jualan domestik Toyota menurun sebanyak 12.1 peratus kepada 96,269 unit, terjejas akibat kelewatan penghantaran akibat penggantungan pengeluaran selepas amaran tsunami dan nasihat kecemasan susulan gempa bumi kuat di luar pesisir Semenanjung Kamchatka, Rusia.

    Toyota turut melaporkan yang pengeluaran di AS meningkat 19 peratus kepada 126,081 unit, namun pengeluaran di China menurun 8.2 peratus kepada 125,383 unit. Pengeluaran domestik pula meningkat 12 peratus kepada 207,990 unit, disokong oleh pemulihan selepas skandal pensijilan tahun lepas. – Bernama

    Gambar bertarikh 27 Mac 2025 menunjukkan logo Toyota di El Monte, California. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda