Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Pandora The Mall mengumumkan Jualan Hari Ahli buat julung kalinya yang akan berlangsung selama sebulan bermula hari ini hingga penghujung Ogos bagi peminat Pandora di Brunei Darussalam.
Jualan Hari Ahli tersebut menawarkan potongan 40 peratus bagi koleksi terpilih dan 10 peratus bagi barang yang lain.
Pelbagai koleksi yang termasuk dalam jualan tersebut termasuk gelang tangan, charm kecil, charm, rantai, anting-anting dan cincin bagi menambah koleksi, melengkapkan gaya pelanggan dan juga sangat sesuai sebagai hadiah.
Perkara ini telah dikongsikan oleh Pengurus Besar Pandora Malaysia dan Brunei, Irene Koh semasa bermulanya Jualan Hari Ahli Pandora di Pandora The Mall, Gadong, hari ini.
Jualan berkenaan adalah cara istimewa untuk memberi hadiah kepada peminat setia Pandora setia yang telah menyokong jenama berkenaan daripada pembukaan pertamanya di Brunei pada November 2016 sehingga hari ini. Bukan ahli juga boleh mendapatkan diskaun dengan mengunjungi butik Pandora dan mendaftar untuk menikmati diskaun dengan serta-merta.
“Kami sangat berterima kasih atas sokongan yang kami terima daripada pelanggan setia kami di Brunei. Oleh itu, kami memperkenalkan Jualan Hari Ahli buat pertama kalinya untuk ahli kami. Saya mengalu-alukan semua peminat Pandora termasuk bukan ahli untuk merebut peluang ini untuk memiliki perhiasan Pandora dengan harga diskaun,” jelas Irene Koh.
