SHENZHEN, CHINA, 30 JULAI – Jualan Huawei dengan tidak dijangka meningkat dalam separuh tahun pertama, angka syarikat menunjukkan hari ini, dengan syarikat tidak menunjukkan tanda-tanda kemelesetan akibat sekatan Amerika Syarikat (AS).
Huawei telah menerima tekanan hebat pada tahun ini ketika Washington melobi sekutu di seluruh dunia untuk mengelak membeli peralatan telekom syarikat itu disebabkan kebimbangan keselamatan dan pada Mei menyenarai hitam firma itu dari pasaran AS dan membeli komponen penting AS.
Pendapatan dalam enam bulan pertama meningkat 23.2 peratus berbanding setahun sebelumnya kepada 401.3 bilion yuan, kata syarikat, menambah ia mencatat margin keuntungan bersih sebanyak 8.7 peratus.
Tindakan AS telah menimbulkan sedikt ‘gangguan’ namun pada keseluruhannya ia masih ‘terkawal,’ kata Liang Hua, pengerusi Huawei.
Meskipun keputusan memberangsangkan, kesan tindakan AS mungkin masih terasa, dengan pengharaman eksport tidak dilaksanakan sehingga pertengahan Mei, pada hujung suku kedua. – AFP
