Sunday, April 14, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Jualan kenderaan elektrik dijangka meningkat

    PELABUHAN KLANG, 19 JAN – Jualan kenderaan elektrik (EV) dijangka meningkat pada tahun ini bersandarkan keyakinan pemain industri terhadap minat ketara untuk kenderaan jenis berteknologi tinggi itu

    Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sasaran itu juga selari dengan angka penjualan kereta EV pada 2023 yang me-lonjak 200 peratus berbanding pada tahun sebelumnya.

    Malaysia telah merekodkan lebih daripada 100,000 kenderaan elektrik berdaftar setakat Disember 2023.

    Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (dua, kanan) bersama Pengarah Tron Bradbury Energy Malaysia Zam Zalman (dua, kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bradbury Asset Management, Hong Kong, Keith Loo (kanan), menyempurnakan Majlis Pelancaran Syarikat Tron Bradbury Energy di Port Klang Free Zone (PKFZ) Pulau Indah, Pelabuhan Klang kelmarin. – Bernama

    Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa unjuran peningkatan jualan itu turut bergantung kepada usaha dalam memastikan ketersediaan aspek ekosistem EV.

    “Selain penjualan kereta EV, perkara yang perlu diberi tumpuan pada masa ini adalah mewujudkan (lebih banyak) stesen pengecasan kenderaan itu,” kata beliau kepada media selepas merasmikan pembukaan kilang pemasangan kenderaan EV milik syarikat Tron Bradbury Energy (Malaysia) Sdn Bhd di Pulau Indah dekat sini, hari ini

    Menjelaskan selanjutnya, Tengku Zafrul berkata Malaysia pada masa ini mempunyai lebih daripada 1,500 stesen pengecasan EV dan angka itu perlu ditingkatkan bagi keselesaan rakyat terutama yang menetap di kediaman bertingkat atau bangunan tinggi selain memastikan tiada isu bagi tujuan pemanduan jarak jauh

    Dalam pada itu, Tengku Zafrul juga memaklumkan bahawa peruntukan bagi Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) yang menawarkan pemberian rebat sehingga RM2,400 untuk pembelian kenderaan itu yang dilancarkan pada awal Disember lepas, telah digunakan sepenuhnya.

    Sehubungan itu, MITI akan memohon kepada Kementerian Kewangan untuk meneruskan skim MARiiCas dan peruntukannya ditingkatkan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Banjir terburuk landa di Kazakhstan

    POKROVKA, 12 APRIL - Salji dan ais yang mencair dengan pantas telah menyebablan sungai-sungai di utara Kazakhstan dan sempadan di Rusia mencatatkan paras yang,...