Sunday, February 9, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jualan kereta AS meningkat 7.5%

    DETROIT, 4 APRIL – Jualan kenderaan baharu Amerika Syarikat (AS) meningkat 7.5 peratus pada suku pertama apabila bekalan bertambah baik dan harga yang meningkat sedikit berkurangan manakala kekurangan cip komputer global mula berkurangan.

    Tetapi purata kadar pinjaman kereta mencecah 7 peratus pada suku tersebut, membuka persoalan sama ada pembuat kereta akan menawarkan kadar yang dikurangkan untuk memastikan pembeli berminat sepanjang tahun ini.

    Pembuat kereta menjual 3.59 juta kenderaan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, berbanding 3.34 juta pada tahun sebelumnya. Keputusan daripada syarikat bercampur-campur. Ada yang berjaya dengan bekalan cip yang lebih baik, manakala yang lain terus bergelut.

    Jualan General Motors melonjak 17.6 peratus berbanding suku pertama yang lemah tahun lalu apabila penghantaran jenama Buick meningkat dua kali ganda. Syarikat itu berkata ia memperoleh 1.5 mata bahagian pasaran. – AP

    Gambar fail menunjukkan barisan kenderaan Subaru Outback keluaran 2023 berada di pengedar Subaru di Loveland, Colorado pada 17 Oktober 2022. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda