Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jualan kereta import Korea S menurun

    SEOUL, 4 SEPT – Jualan kereta import Korea Selatan merosot pada Ogos berikutan permintaan yang lebih rendah untuk kenderaan mewah yang diimport, data industri menunjukkan hari ini.

    Jumlah kenderaan import yang dijual di Seoul ialah 22,263 pada Ogos, turun 4.7 peratus berbanding bulan yang sama 2023, menurut Persatuan Pengimport & Pengedar Automobil Korea (KAIDA).

    Ia bertukar menurun selepas meningkat dalam satu digit pada bulan sebelumnya di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat tentang kemerosotan ekonomi.

    Bagi lapan bulan pertama tahun ini, jualan kenderaan import menyusut 3 peratus kepada 169,892 unit berbanding tempoh sama 2023.

    Pengeluar kereta Jerman, BMW menduduki tempat pertama dari segi jualan automotif di antara syarikat asing dengan menjual sebanyak 5,880 unit pada Ogos.

    Satu lagi pengeluar kereta Jerman, Mercedes-Benz mengikuti seterusnya dengan jualan tempatan sebanyak 5,286 unit, diikuti oleh pembuat kereta Amerika Syarikat (AS), Tesla dengan 2,208 unit, Volkswagen dengan 1,445 unit, Lexus dengan 1,355 unit dan Volvo dengan 1,245 unit.

    Bilangan model Eropah yang dijual di Korea Selatan ialah 16,545 bulan lepas, menyumbang 74.3 peratus daripada jumlah keseluruhan. Jenama AS dan Jepun masing-masing merekodkan bahagian pasaran sebanyak 14.3 peratus dan 11.4 peratus. – Xinhua

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda