Saturday, April 19, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jualan kereta meningkat 2.1 peratus

    Oleh Azlan Othman

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Jumlah-jumlah kereta yang dijual pada separuh pertama tahun ini (Januari hingga Jun 2019) menunjukkan peningkatan 2.1 peratus di mana sebanyak 5,812 unit telah terjual berbanding 5,690 unit pada tempoh sama tahun lalu, dedah Persekutuan Automotif ASEAN (AFF).

    Bagaimanapun bulan Jun menyaksikan kemerosotan jualan kepada 846 unit, menurun 13.5 peratus berbanding bulan sama tahun lalu di mana sebanyak 978 unit telah terjual.

    Bulan April juga mengalami pengecutan sebanyak 5.4 peratus dengan 869 unit dijual berbanding 919 unit tahun lalu.

    Secara keseluruhannya tahun lalu, jualan Brunei telah menambah pertumbuhan tahunan sebanyak 0.2 peratus kepada 11,226 unit daripada 11,209 pada 2017.

    Thailand menyumbang kepada penjualan terbesar kereta yang mencecah 523,770 unit disusuli dengan Indonesia dengan 481,557 unit manakala Malaysia menjual 296,334 unit pada separuh pertama tahun ini.

    Keseluruhannya, jualan kereta di negara-negara ASEAN adalah lembap. Tahun lalu negara-negara di rantau ASEAN telah menjual sekitar 1,692,151 unit pada separuh pertama (Januari hingga Jun 2018), hanya meningkat 0.1 peratus kepada 1,693,854 unit setakat ini (Januari hingga Jun 2019).

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda