Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jualan kukuh global tingkatkan jualan Nissan

    TOKYO, 9 Feb – Nissan berkata keuntungan pada Oktober hingga Disember tahun lepas meningkat 3.5 peratus berbanding sebelum ini apabila jualan kenderaan meningkat di kesemua pasaran utama.

    Nissan Motor Co., berpangkalan di bandar pelabuhan Yokohama, Jepun, melaporkan keuntungan fiskal suku ketiga sebanyak 131.7 bilion yen (AS$1.2 bilion), meningkat dari 127.2 bilion yen pada tempoh sama tahun sebelumnya.

    Nissan yang membuat pelbagai barisan kereta telah menjual banyak kenderaan di Jepun, Amerika Utara, Eropah, dan Asia bagi suku itu berbanding sebelumnya.

    Syarikat itu telah menjual 1.09 juta kenderaan seluruh dunia ketika suku berkenaan, naik dari 1.02 juta.

    Jualan suku menurun 2.2 peratus kepada 2.94 trilion yen (AS$26 bilion). Pembuat kereta itu menyimpan ramalan tahunan tanpa perubahan, mengunjurkan keuntungan 525 bilion yen (AS$4.7 bilion) pada jualan 11.8 trilion yen (AS$105 bilion). – AP

    Jualan kenderaan yang meningkat pada pasaran utama meningkat keuntungan Nissan bagi tempoh bulan Oktober hingga Disember tahun lepas. – AFP
    Jualan kenderaan yang meningkat pada pasaran utama meningkat keuntungan Nissan bagi tempoh bulan Oktober hingga Disember tahun lepas. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda