Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jualan Larut Malam menjelang Lebaran

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Dengan Hari Raya bakal menjelang dalam masa kurang daripada seminggu, Mothercare dan Bebeland menganjurkan Jualan Larut Malam bermula malam tadi hingga esok bagi memberi peluang kepada orang ramai membeli-belah pada saat-saat akhir.

    Diadakan secara eksklusif di cawangan Kiulap dan Delima, acara jualan berkenaan menawarkan diskaun besar-besaran, tawaran eksklusif dan jualan kilat, menurut kenyataan yang dikeluarkan. Selain itu, acara jualan berkenaan turut menampilkan maskot-maskot dan permainan mini, di mana para pembeli boleh memenangi hadiah-hadiah.

    Para pembeli juga layak untuk memenangi baucar-baucar tunai, hadiah percuma, baucar diskaun atau baucar makan Ramadan daripada Sulbingsoo Dessert Cafe, Kim’s Kitchen, Burger King, Bello Cafe atau i-Lotus dalam cabutan bertuah bagi setiap pembelian. Para pemegang kad Bank Baiduri juga menerima diskaun tambahan dan promosi istimewa jika mereka membeli-belah menggunakan kad kredit dan debit mereka.

    Maskot turut membuat penampilan bagi memeriahkan lagi jualan larut malam berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda