Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jualan MADANI Koperasi Sabah terima sambutan hangat

    TAWAU, 11 MEI – Jualan MADANI Koperasi sempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Sabah yang diadakan di sini mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penduduk setempat, kata Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah, Malisah Sinin.

    Beliau berkata jualan anjuran SKM itu menawarkan sebanyak 51 jenis barangan keperluan harian pada harga sehingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

    “Jualan ini bertujuan membantu meringankan beban rakyat akibat kenaikan harga barang. Ia menerima sambutan hangat daripada masyarakat di Tawau sempena PMR kali ini.

    Selain mengurangkan kos sara hidup, kita juga mahu merancakkan ekonomi setempat.

    “Program ini berlangsung selama tiga hari dan menawarkan pelbagai barangan asas seperti beras, gula, telur, minyak masak, barangan penjagaan diri serta bahan pencuci,” katanya kepada Bernama. – Bernama

    Peniaga turut diberikan ruang untuk membuat jualan secara langsung melalui media sosial di reruai yang disediakan pada Program MADANI Rakyat di Dataran Majlis Perbandaran Tawau. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda