Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Jualan Mega Brunei mulai hari ini

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MAC – Acara jualan murah tahunan peringkat kebangsaan, Jualan Mega Brunei (JMB) 2023 akan diadakan selama 52 hari bermula 16 Mac sehingga 6 Mei ini bagi memberi peluang kepada para peniaga menarik pelanggan sekali gus merangsang perbelanjaan dalam negeri.

    JMB dianjurkan oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Jabatan Hal Ehwal Pengguna mempelawa para peniaga untuk menyokong jualan murah kebangsaan itu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkannya di sini hari ini, ia juga dihasratkan dapat membantu menyumbang kepada meningkatkan kegiatan perekonomian negara dengan menggalakkan orang ramai untuk berbelanja dalam negeri, sempena kedatangan bulan Ramadan dan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba.

    Peserta yang menyertai JMB 2023 ini akan dipaparkan dalam aplikasi mudah alih PenggunaBijak melalui ciri ‘Jualan & Diskaun’ bagi tujuan publisiti dan memudahkan pengguna mengetahui peserta JMB 2023 dan membuat pembelian di premis-premis terbabit.

    JPES bagaimanapun mengingatkan peserta JMB 2023 untuk sentiasa menjalankan perniagaan dan acara jualan murah secara beretika dengan mematuhi Perintah Pelindungan Pengguna (Perdagangan Wajar) 2011 dan Perintah Paparan Tanda Harga, dengan mempamerkan tanda harga dan diskaun serta terma dan syarat dengan jelas bagi memastikan pengguna membuat pilihan pembelian yang bermaklumat.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...