Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jualan Pasar Kitani pamer produk pertanian tempatan

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Jualan Pasar Kitani bersempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 (HK40) yang berlangsung di Pusat Agribisnes Rimba, Gadong, hari ini telah menarik ramai orang yang ingin mendapatkan pelbagai produk hasil pertanian daripada pengusaha tempatan.

    Jualan yang berlangsung selama dua hari bermula kelmarin turut mengetengahkan jualan buah-buahan, sayur-sayuran, pelbagai tanaman, bunga-bungaan dan produk-produk agrimakanan.Pengunjung juga berpeluang membeli produk-produk dari kedai Pusat Produk Tempatan Brunei (BLPC), bunga-bungaan daripada petak-petak Pusat Hortikultur Rimba dan Pusat Tanaman Rimba.

    Selain aktiviti jualan, taklimat tunjuk ajar pengurusan tanaman sistem hidroponik, taklimat pembiakan tampang pokok buah-buahan dan penggunaan teknologi IOT juga diadakan untuk memeriahkan lagi acara berkenaan.

    Pasar Kitani merupakan salah satu platform tempat berniaga secara jualan langsung untuk peladang dan pengusaha tempatan, yang mana akan memfokuskan kepada pemasaran produk hasil pertanian daripada pengusaha tempatan itu sendiri. Ia juga memberikan peluang kepada pengusaha untuk berinteraksi secara langsung dengan orang awam bagi mempromosikan hasil segar yang berkualiti dari ladang mereka seterusnya memperluaskan lagi rangkaian pemasaran mereka pada setiap hujung minggu.

    Antara produk hasil pertanian daripada pengusaha tempatan yang diketengahkan semasa Pasar Kitani. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda