Friday, November 22, 2024
32.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jualan pukat ikan laris di Kelantan

    KUALA KRAI, 25 DIS – Memukat ikan ketika musim tengkujuh antara aktiviti yang dinantikan penggemarnya sebagai sumber rezeki untuk mendapatkan ikan darat seperti haruan, puyu dan sepat di kawasan sungai serta paya.

    Penjual pukat ikan di Kuala Krai, Marliana Mat Zin, 46, berkata beliau tidak menang tangan melayan permintaan pelanggannya untuk membeli pukat ikan sehingga menyebabkan beberapa jenis pukat tersebut telah habis dijual.

    “Apabila musim tengkujuh, ramai yang datang untuk beli pukat ikan sebab kawasan seperti di sungai dan paya akan berlaku peningkatan aras air sekali gus beri peluang kepada penduduk untuk memukat ikan.

    “Alhamdulillah, jualan pukat ikan sangat laris kerana harga yang saya jual antara
    RM12 hingga RM45 mengikut jenis saiz dan panjang,” katanya ketika ditemui Bernama dekat kedainya, di sini hari ini.

    Mengulas lanjut, Marliana berkata apa-bila berlaku banjir, stok bekalan pukat ikan juga sukar diperoleh kerana terdapat beberapa laluan yang ditenggelami air.

    “Selalunya tiga atau empat bulan sebelum musim tengkujuh, saya akan buat tempahan dengan pengeluar untuk pastikan bekalan pukat ikan mencukupi kerana saya tahu permintaan sangat tinggi pada musim tersebut,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda