Thursday, November 14, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jualan Rahmah Bergerak di Sabah bermula minggu ketiga bulan ini

    KOTA KINABALU, 10 OGOS – Program Jualan Rahmah Bergerak akan dilaksanakan di seluruh Sabah mulai minggu ketiga bulan ini, kata Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, Georgie Abas.

    Beliau berkata menerusi program itu, rakyat Sabah boleh mendapatkan barang keperluan asas pada harga Rahmah yang sampai dekat dengan tempat tinggal mereka.

    “Program Jualan Rahmah Bergerak ini ialah konsep #kedaicarirakyat … lori akan bergerak membawa barang jualan dari satu tempat ke tempat lain yang tidak mempunyai pasar raya atau kedai runcit berdekatan,” katanya kepada Bernama di sini.

    Dalam pada itu, Georgie berkata program Jualan Rahmah di Sabah menyaksikan sambutan menggalakkan daripada rakyat di negeri itu dengan dianggarkan 200,000 orang berkunjung ke pasar raya terlibat sejak ia dilaksanakan pada April lepas.

    Beliau berkata 156 program Jualan Rahmah telah dianjurkan di Sabah setakat semalam yang disertai 89 pasar raya.

    Katanya, antara barang asas yang dijual menerusi program itu ialah beras, gula, minyak masak, telur, ayam, biskut, makanan tin, selain barang penjagaan diri seperti lampin pakai buang, sabun mandi dan syampu serta barangan pembersihan rumah termasuk pencuci pakaian dan pencuci pinggan. – Bernama

    Penduduk setempat mendapatkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan menerusi Jualan Rahmah Bergerak di Padang Negara, Terengganu pada 3 Ogos. Jualan Rahmah Bergerak di Sabah akan bermula di Sabah mulai minggu ketiga bulan ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda