Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Jualan runcit China merosot ke tahap terendah

    BEIJING, 16 MEI – Jualan runcit dan pengeluaran kilang di China merosot ke tahap paling rendah dalam masa dua tahun, menurut data rasmi yang disiarkan hari ini, justeru memberikan gambaran ekonomi yang suram akibat dasar sifar COVID yang dilaksanakan oleh Beijing.

    Ekonomi kedua terbesar dunia itu telah meneruskan langkah virus yang ketat, menjejas rantaian bekalan global ketika puluhan bandar China – termasuk hab perniagaan utama Shanghai – bergelut dengan sekatan yang dikenakan.

    Walaupun pegawai berkata mereka merancang membuka semula bandar secara beransur-ansur, tidak ada tanda-tanda Beijing akan beralih daripada pendekatan sifar COVID yang dikatakan oleh penganalisis akan memberi kesan yang teruk ke atas ekonomi.

    Pengurangan terbaharu dilakukan hari ini apabila Biro Statistik Nasional (NBS) mengumumkan data yang menunjukkan jualan runcit merosot 11.1 peratus pada April.

    Ia adalah kemerosotan terbesar sejak Mac 2020, ketika pengguna masih berkurung di rumah atau bimbang mengenai sekatan lanjut tatkala China bergelut memerangi wabak COVID paling teruknya sejak pandemik meletus. – AFP

    Gambar fail menunjukkan pekerja bekerja di kilang menghasilkan speaker di daerah Linquan, bandar Fuyang di timur wilayah Anhui, China. Jualan runcit China merosot ke tahap paling rendah dalam dua tahun, menurut data kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...