Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Jualan runcit UK merosot 1.4 peratus

-

LONDON, 22 APRIL – Jualan runcit Britain merosot pada Mac ketika pembeli-belah memperketat perbelanjaan mereka apabila berdepan krisis kos sara hidup, menurut data rasmi yang keluar hari ini.

Jumlah jualan merosot 1.4 peratus pada bulan lalu selepas mencatat kemerosotan 0.5 peratus pada Februari, kata Jabatan Statistik Negara (ONS) dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, jualan keseluruhan adalah melebihi tahap sebelum pandemik.

“Jualan runcit merosot mendadak pada Mac dengan kenaikan kos sara hidup yang menjejas perbelanjaan pengguna,” kata ketua ahli ekonomi ONS Darren Morgan.

“Jualan dalam talian amat terkesan terutamanya disebabkan jumlah perbelanjaan lebih rendah.”

Jualan minyak motor berkurangan ‘mendadak’ apabila sesetengah orang mengawal perjalanan tidak penting ketika berdepan kenaikan harga di stesen petrol, tambahnya.

Jualan makanan turut merosot untuk bulan kelima berturut-turut.

Kadar inflasi tahunan Britain mencecah tahap tertingginya dalam tiga dekad, berpunca sebahagiannya daripada harga minyak tinggi.

Kos meningkat di seluruh dunia selepas ekonomi dibuka semula daripada sekatan COVID dan kesan sampingan peperangan di Ukraine. – AFP

Gambar fail menunjukkan pelanggan membeli-belah barangan makanan dalam pasar raya Tesco di timur London. Jualan runcit merosot 1.4 peratus pada Mac di Britain. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -