SEOUL, 29 APRIL – Syarikat teknologi Korea Selatan, Samsung Electronics berkata hari ini keuntungan bersihnya meningkat hampir 50 peratus dalam suku pertama, sebahagian besarnya dipacu oleh rangsangan jualan telefon pintarnya dan peralatan rumah disebabkan permintaan daripada perintah berkurung di rumah.
Samsung Electronics berkata keuntungan bersihnya meningkat 46.3 peratus pada Januari hingga Mac daripada setahun sebelumnya kepada 7.1 trilion won (AS$6.4 bilion).
“Jualan kukuh gajet telefon pintar dan elektronik telah melebihi pendapatan rendah dari semikonduktor dan alat paparan,” kata firma itu dalam laporan pendapatan.
Bekerja dari rumah yang disebabkan pandemik koronavirus telah merangsang permintaan bagi peranti-peranti dikuasakan oleh cip Samsung serta peralatan rumah seperti televisyen dan mesin basuh. – AFP
