SAN FRANCISCO, 3 JAN – Pengeluar kenderaan elektrik dari Amerika Starikat (AS), Tesla telah menghantar lebih sedikit kereta pada 2024 berbanding 2023, menandakan penurunan pertama tahun ke tahun.
Syarikat itu mengumumkan kelmarin bahawa ia menghantar 1.77 juta kenderaan di seluruh dunia pada 2024, turun 2.2 peratus daripada 1.81 juta pada 2023. Hanya 85,133 daripada kenderaan yang dihantar itu adalah apa yang Tesla rujuk sebagai ‘model lain’ yang termasuk sedan Model S, Model X SUV, dan Cybertruck.
Penurunan pada 2024 adalah kali pertama jualan tahunan yang benar-benar merosot sejak Tesla mula menjual kereta Model S secara besar-besaran buat pertama kali pada 2012.
Tesla memberi amaran kepada pelabur pada awal tahun lepas bahawa pertumbuhan mungkin menjadi ‘rendah’ pada 2024 dan mendakwa syarikat berada antara ‘dua gelombang pertumbuhan utama’.
April lalu, Tesla memberhentikan lebih daripada 10 peratus tenaga kerjanya dalam usaha penstrukturan semula syarikat dengan tujuan untuk fokus semula pada idea CEO Tesla, Elon Musk yang telah lama dijanjikan iaitu menghasilkan robotaxi yang berfungsi sepenuhnya, menurut laporan oleh TechCrunch. – Xinhua