Wednesday, May 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jualan tiket JP memberangsangkan

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Sept – Taman Permainan Jerudong (JP) berjaya menjual hampir 1,000 tiket semasa Pesta Perdagangan Miri (MITRAF) 18 di Bintang Megamall di Miri, Sarawak minggu lalu.

    Pesta tersebut memberi peluang kepada taman tersebut untuk menawarkan harga promosi menarik kepada warga Malaysia, sekali gus meningkatkan usaha menambah kemasukan pelancong ke negara ini.

    Menurut kenyataan dikeluarkan JP, mereka menerima maklum balas yang baik dan jualan tiket promosi pertama kali di negara jiran itu menyaksikan lebih 160 pakej keluarga, 220 tiket dewasa dan hampir 70 tiket kanak-kanak terjual.

    Turut dijual pada pesta itu ialah magnet peti sejuk, kole dan pen.

    Warga Miri yang membeli tiket promosi kemasukan ke Taman Permainan Jerudong.

    “Penyertaan ke pesta ini adalah langkah pertama kami untuk menimba pengetahuan yang lebih meluas mengenai Borneo dan pasaran di Miri,” kata Pengurus Jualan, Pemasaran dan Acara JP, Hajah Siti Norzalena binti PDHA Rahman.

    “Melalui interaksi bersama orang ramai, kami dapat meningkatkan perkhidmatan dan mempelawa lebih ramai warga Malaysia berhibur di taman ini.

    “Kami juga berhasrat untuk mengadakan lebih banyak jerayawara di timur dan barat Malaysia,” tambahnya.

    Berdasarkan perangkaan Jabatan Kemajuan Pelancongan, kira-kira 15,208 orang pengunjung dari Malaysia mengunjungi Brunei pada suku pertama 2018.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda