Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Juan Mata beralih dari Sydney ke Melbourne

    MELBOURNE, 16 SEPT – Bekas pemain tengah Manchester United dan Sepanyol, Juan Mata, masih lagi berhijrah di Australia, dengan sertai Melbourne Victory untuk aksi keduanya dalam Liga-A selepas meninggalkan Western Sydney.

    Mata, 37 tahun menyertai Victory dengan perjanjian semusim, menurut kenyataan kelab hari ini. Dia telah disenaraikan awal dalam 23 penampilan dengan Western Sydney Wanderers, dan menjaringkan satu gol.

    “Saya teruja untuk datang ke Melbourne dan menjadi sebahagian daripada salah satu kelab paling dihormati dalam liga dan bermain di hadapan ahli dan peminat yang luar biasa,” kata Mata dalam satu kenyataan.

    Jurulatih Victory, Arthur Diles cuba melatih kelab untuk beraksi lebih baik selepas mara ke final Liga-A tahun lepas, setelah tewas kepada Melbourne City 1-0 dalam perlawanan kejuaraan.

    “Kami amat bertuah untuk menambah seseorang yang mempunyai pengalaman dan watak seperti Juan kepada skuad,” kata Diles dalam satu kenyataan.

    Kerjaya Mata sebelum berpindah ke Australia termasuk memenangi Piala Dunia 2010 dan Euro 2012 bersama Sepanyol. Dia memenangi Copa del Rey di Valencia pada 2008 sebelum berpindah ke Chelsea, di mana dia memenangi Liga Juara-Juara, Piala FA, Liga Europa dan Perisai Komuniti FA antara 2011 dan 2014.

    Mata menghabiskan sembilan tahun di United, di mana dia memenangi Liga Europa, Piala FA, Piala Liga dan Perisai Komuniti, menjaringkan 51 gol dalam 285 penampilan.

    Dia kemudiannya mempunyai tugas yang singkat di Galatasaray dan Vissel Kobe, masing-masing memenangi Liga Super di Turki dan Liga J1 sebelum menyertai Wanderers September lalu. – AP 

    Aksi Juan Mata semasa latihan sebelum perlawanan antara United dan Leicester City, at di stadium Old Trafford, Manchester pada May 2021. – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda