Khamis, November 20, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Juara bertahan Gauff tersingkir, Anisimova mara ke final

    BEIJING, 5 OKT – Naib juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Amanda Anisimova, berjaya mengalahkan juara bertahan, Coco Gauff 6-1, 6-2 dalam masa 58 minit kelmarin untuk melangkah ke final Terbuka China dan bakal berdepan dengan Linda Noskova.
     
    Noskova, pemain ke-26 dari Republik Czech, menyelamatkan tiga mata perlawanan dalam separuh akhir untuk mengejutkan pemain pilihan kelima, Jessica Pegula, dalam tiga set. 
     
    “Saya rasa tidak begitu bersedia dari segi perlawanan sebelum kejohanan ini,” kata pemain berusia 24 tahun itu, yang hanya memerlukan satu kemenangan lagi untuk meraih gelaran keempat kariernya.
     
    Anisimova melonjak ke kedudukan 5-0 dalam set pertama hanya dalam 15 minit, ketika Gauff yang biasanya mantap melakukan beberapa pukulan panjang dan terkena jaring. 
     
    Juara Terbuka Perancis berusia 21 tahun itu melakukan dua double-fault sebelum Anisimova memperoleh dua set point dan akhirnya Gauff dapat mencatatkan mata pertamanya, namun sudah terlambat. – AFP
     
    Aksi Amanda Anisimova semasa perlawanan separuh akhir perseorangan wanita di kejohanan tenis Terbuka China di Beijing pada 4 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda