Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Juara bertahan tumbang

    BERLIN, 21 JUN – Pemain kelayakan dari Jerman, Jule Niemeier mengejutkan juara bertahan Ons Jabeur dengan keputusan 7-6 (4), 6-4 pada pusingan pertama Terbuka Berlin kelmarin.

    Niemeier yang berada di ranking ke-120 berjaya menyelamatkan dua set poin ketika tertinggal 5-3 pada set pembukaan, kemudian memenangi empat mata terakhir dalam pusingan tambahan.

    Niemeier mematahkan servis Jabeur dalam perlawanan pertama set kedua dan berjaya mempertahankan kedudukannya untuk menang dalam masa 1 jam 35 minit, meraih kemenangan ketiga bagi pemain berusia 23 tahun ini menentang pemain dalam kalangan 10 teratas.

    Sementara itu, Coco Gauff berjaya menewaskan pemain Czech, Katerina Siniakov dengan keputusan 6-3, 6-4, meraih kemenangan ke-23 tahun ini bagi remaja wanita dari Amerika Syarikat itu.

    Gauff, yang menjadi pilihan keempat, akan berdepan penyerang hebat, Ekaterina Alexandrova, yang berjaya menewaskan rakan senegara dari Rusia, Liudmila Samsonova dengan keputusan 6-4, 6-3.

    Aksi Jabeur mengembalikan bola kepada Niemeier semasa kejohanan tenis WTA di Berlin, Jerman, baru-baru ini. – AP

    Manakala, pemain pilihan utama, Aryna Sabalenka mara ke pusingan kedua dengan kemenangan 6-3, 6-2 ke atas pemain veteran, Vera Zvonareva dalam satu lagi perlawanan lain.

    Sabalenka berjaya memanfaatkan tiga daripada sembilan break point tanpa menghadapi sebarang peluang daripada Zvonareva yang berusia 38 tahun, finalis Wimbledon pada 2010.

    Sabalenka akan bertemu dengan Veronika Kudermetova atau Zheng Qinwen dalam peringkat seterusnya.

    Elina Avanesyan berjaya menyelamatkan dua mata perlawanan dan mengejutkan pemain pilihan keenam, Daria Kasatkina dengan kemenangan 6-2, 3-6, 7-6 (7) untuk bertemu dengan rakan senegara Rusia yang lain, Anna Blinkova. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda